Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak,
Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang
kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya. Terdapat
beberapa jenis makanan tradisi kaum Iban yang popular di Sarawak.
1.
Manuk Pansuh
Manuk atau ayam pansuh merupakan sejenis
makanan tradisi orang Iban yang popular di Sarawak. Ayam dipotong dan
dimasukkan ke dalam buluh. Daun ubi akan diletakkan pada hujung buluh bagi
menghasilkan bau wangi. Memanggang buluh tersebut di atas api.
2.
Midin Belacan
Midin merupakan sejenis sayur yang boleh
didapati di tepi semak. Sayur midin selalu di masak dengan sambal belacan.
Terdapat juga cara yang lain untuk
memasak sayur midin. Makanan bukan sahaja boleh didapati di kampong bahkan
terdapat juga di Bandar.
3.
Pekasam Ensabi
Pekasam ensabi atau juga dikenalkan sebagai
jeruk merupakan makanan kegemaran kaum Iban. Ia merupakan sejenis sayur sawi
jeruk yang popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat
sedap apabila dinikmati dengan hidangan nasi panas.
4.
Tuak Beras
Tuak beras ialah sejenis minuman masyarakat
kaum Iban. Tuak diperbuat daripada beras pulut. Biasanya, tuak akan dihidangkan
pada hari perayaan. Tuak boleh membawa kesan seperti mabuk, khayal, muntah
sekiranya diminum berlebihan.
RUJUKAN:
http://nyamaiamat.weebly.com/food.html
http://www.academia.edu/5851156/Makanan_tradisi_iban