2015年9月1日星期二

MAKANAN TRADISI KAUM IBAN


Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya. Terdapat beberapa jenis makanan tradisi kaum Iban yang popular di Sarawak.

1.       Manuk Pansuh
Manuk atau ayam pansuh merupakan sejenis makanan tradisi orang Iban yang popular di Sarawak. Ayam dipotong dan dimasukkan ke dalam buluh. Daun ubi akan diletakkan pada hujung buluh bagi menghasilkan bau wangi. Memanggang buluh tersebut di atas api.







2.       Midin Belacan
Midin merupakan sejenis sayur yang boleh didapati di tepi semak. Sayur midin selalu di masak dengan sambal belacan. Terdapat  juga cara yang lain untuk memasak sayur midin. Makanan bukan sahaja boleh didapati di kampong bahkan terdapat juga di Bandar.






3.       Pekasam Ensabi
Pekasam ensabi atau juga dikenalkan sebagai jeruk merupakan makanan kegemaran kaum Iban. Ia merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap apabila dinikmati dengan hidangan nasi panas.




4.       Tuak Beras

Tuak beras ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban. Tuak diperbuat daripada beras pulut. Biasanya, tuak akan dihidangkan pada hari perayaan. Tuak boleh membawa kesan seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan. 





RUJUKAN:
http://nyamaiamat.weebly.com/food.html
http://www.academia.edu/5851156/Makanan_tradisi_iban



2015年8月31日星期一

MAKANAN TRADISI KAUM CINA


Kaum Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Terdapat banyak makanan tradisi kaum cina telah dibawa ke negara ini. Marilah kita kenalkan.

1.    Kuih Bulan
Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai, kacang merah, kacang hijau, kacang hitam atau taro, kebiasaannya dengan kuning telur masin di pertengahannya. Kuih bulan selalu dinikmati bersama teh pada hari perayaan Tanglong.






2.    Char Kway Teow
Char Kway Teow merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia. “Char” bermaksud goreng, Kway Teow diperbuat daripada beras. Char Kway Teow selalu dicampurkan dengan kicap, cili, udang, telur, tauge, kerang dan lain-lain. Ia boleh dicampurkan dengan bahan-bahan sesuka hati mengikut citarasa setempat.







3.    Zhong Zi
Zhong Zi adalah sejenis makanan tradisional masyarakat cina. Menurut legenda pada Dinasti Zhou, makanan ini berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu Yuan yang membunuh diri terhadap negara. Zhong Zi menjadi salah satu simbol makanan dalam perayaan Duan Wu.






4.    Jiao Zi
Jiao zi biasanya terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan seperti daging, sayur, hasil laut dan lain-lain. Terdapat beberapa cara untuk memasak Jiao Zi. Antaranya, mengukus, mengoreng dan merebus. Jiao Zi boleh dimakan dengan mencelup sedikit sos, kicap dan cuka.






Rujukan:


http://pikyung.blogspot.com/2011/12/makanan-tradisional-kaum-cina.html

2015年8月26日星期三

MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU

Di Malaysia, terdapat penduduk yang pelbagai kaum hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Seperti yang kita tahu, terdapat kaum Melayu, Cina, India dan kaum Iban, Kadazan dusun di Sabah dan Sarawak yang hidup bersama di bumi ini. Pelbagai budaya yang berbeza terus dihasilkan. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia. Hari ini, saya akan memperkenalkan makanan tardisi kaum Melayu.


1.       Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi rakyat Malaysia sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasakkan dengan menggunakan santan kelapa. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, sambal, ikan bilis goreng atau ikan masin dan timun. Tetapi nasi lemak kini disajikan bersama ayam, daging, sotong dan lain- lain.





   




2.       Tapai
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Bahan untuk membuat tapai tidaklah rumit. Tapai pulut memerlukan pulut, ragi dan gula. Tapai yang telah dimasak tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang 2 hari sahaja.











3.       Satay
Satay merupakan sejenis makanan tradisi kaum Melayu. Satay dibuat daripada kepingan ayam,  daging sapi dan daging kambing yang dicucuk pada lidi. Satay selalu dimakan dengan guanya. Gua satay diperbuat daripada kacang tanah, santan, cili dan lain-lain. Kadangkala satey dimakan bersama ketupat.














   
4.       Rendang
Rendang merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia. Rendang dibuat dari daging sapi, daging ayam dan daging lain-lain. Daging tersebut dicampurkan dengan santan dan rempah-rempah dan dimasak beberapa jam. Terdapat dua jenis rendang iaitu rendang kering dan rendang basah. Rendang kering dapat disimpan dengan lebih lama.







Rujukan:
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-melayu/
http://makananmelayutradisional-kumpulan5.blogspot.com/2010/08/satay.html