TUGASAN GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR




1.0  PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan aspek yang utama dalam perlaksanaan pembangunan negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan negara.  Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup, kestabilan ekonomi dan politik, keupayaan kawalan diri dan kestabilan hubungan sosial.
Perkembangan pendidikan di abad 21 ini tentunya berdampak pada dunia. Proses pembelajaran harus beradaptasi dengan perubahan. Pembelajaran abad 21 ini telah berubah dengan kemunculan ICT dalam bidang pendidikan. Faedah pengunaan ICT dalam pendidikan ialah meningkatkan pemikiran yang mendalam serta menambah baik kualiti keseluruhan pendidikan. Pelajar bukan sahaja dapat menggunakan fungsi asas ICT malah dapat menguasai kemahiran di dalam literasi maklumat atau carian maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2.0  LITERASI MAKLUMAT
 Definisi literasi maklumat boleh dinafikan sebagai satu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif.
Literasi maklumat membawa peranan yang penting kepada pelajar kerana ia membantu pelajar mengenalpasti maklumat yang diperlukan, menilai maklumat dan sumber maklumat secara kritikal menggunakan maklumat tersebut secara berkesan dan beretika.


3.0  THE BIG 6
The Big 6 (Model Enam Kemahiran Besar) merupakan salah satu model literasi maklumat yang paling banyak digunakan di sekolah dalam bidang pendidikan. The Big 6 menggunakan pendekatan pemecahan masalah untuk mengajar informasi dan ketrampilan informasi serta teknologi.
The Big 6 terbahagi kepada enam bahagian, iaitudefinisi tugasan, strategi pencarian maklumat, mengenalpastikan lokasi dan akses maklumat, penggunaan maklumat yang dikenalpasti, penyusunan dan persembahan maklumat dan penilaian produk (blog) dan proses yang dilalui.
 The BIG 6 meerupakan satu model yang boleh digunakan sebagai sarana pembelajaran sepanjang hayat. Terdapat pelbagai bidang yang menggunakan model ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan seseorang menyiapkan tugasan. Terutamanya dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan model tersebut sebagai satu aspek untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan.







3.1 DEFINISI TUGASAN
3.1.1 TOPIK DAN SOALAN TUGASAN
       Tugasan ini adalah berkaitan dengan dadah. Semua maklumat yang berkaitan dengan dadah boleh dimasukkan dalam blog. Maklumat yang perlu digunakan bagi menyiapkan tugasan ini telah dipamparkan dalam bentuk peta minda seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1
   Masa selama satu bulan telah diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini. Tarikh serahkan tugasan ini telah ditetapkan oleh pensyarah iaitu 3 September 2015. Berikut ialah carta gantt yang menunjukkan masa saya menyiapkan tugasan ini.

RAJAH 2
3.1.2 KATA KUNCI DAN CARA PENULISAN
       Setiap soalan yang diberikan mempunyai kata kunci atau frasa yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Oleh itu, kata kunci ‘dadah’, ‘jenis dadah’, dan ‘kesan pengambilan dadah’ telah ditaipkan semasa mencari maklumat. Selain itu, soalan yang diberikan perlu mencari jawapan yang sesuai dan tepat bagi menjawab kehendaknya.
       Cara penulisan yang perlu digunakan ialah American Psychological Associatioan (APA). Format ini mesti diselaraskan untuk semua. Cara penulisan ini boleh digunakan berdasarkan buku-buku, jurnal, dan internet. Tambahan pula, format ini boleh didapati dalam Microsoft Words dalam ruang References.

3.2 STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT
                Sumber maklumat yang terbaik dan digunapakai untuk tugasan ini adalah buku dan internet.
3.2.1 MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Sebagai permulaan, saya telah mencari maklumat tentang jenis-jenis dadah di Malaysia. Selepas mengenalpastikan jenis dadah, saya telah menyambung pencarian maklumat saya dengan mendapat maklumat tentang kesan-kesan pengambilan dadah. Kemudian, saya telah mencari maklumat tentang punca dan langkah-langkah mengatasinya.
3.2.2 SUMBER MAKLUMAT
Terdapat banyak sumber yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tersebut. Misalnya, laman web, buku-buku, suratkhabar, majalah, jurnal dan sebagainya. Laman web merupakan satu sumber yang terbaik untuk mencari maklumat. Hal demkian kerana internet dapat mencari maklumat dengan cepat dan tepat. Maklumat tersebut juga mudah dibaca dan difahami. Selain daripada laman web, buku juga merupakan satu sumber yang baik untuk mencari informasi tentang tugasan ini.


3.3 MENGENALPASTI LOKASI DAN AKSES MAKLUMAT
            Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, saya telah melayari internet dengan menggunakan komputer riba bagi mencari pelbagai maklumat yang berkaiatan dengan tugasan saya. Saya telah menaipkan kata kunci tugasan saya seperti ‘dadah’ bagi mengeluarkan maklumat yang berkaitan dalam komputer. Selapas itu, saya telah membaca maklumat tersebut dan mengambil catatan bagi maklumat yang saya perlukan.
Saya juga mendapatkan maklumat dari sumber buku-buku dengan melawat ke perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Saya telah menggunakan web OPAC untuk mencari buku tentang ‘dadah’. Kemudian, saya telah membaca buku-buku tersebut. Banyak maklumat yang telah saya peroleh bagi kegunaan tugasan saya.
Saya telah menggunakan teknik skimming dan scanning untuk mendapat maklumat tersebut. Skimming merupakan sejenis teknik membaca satu jurnal dengan cepat untuk mendapatkan topik utama jurnal tersebut. Manakala scanning merupakan teknik merujuk kepada subtopic jurnal tanpa membaca atau merujuk kepada maksudnya. Teknik tersebut biasanya digunakan untuk mendapatkan jawapan. Katakunci biasanya dicari dalam soalan dan jawapannya mudah didapati.  


3.4 PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKENALPASTI
Sumber-sumber tersebut bukan sahaja telah banyak digunakan dalam tugasan ini, tetapi juga telah meningkatkan kefahaman dalam bidang ilmu pengetahuan. Maklumat-maklumat yang telah dicari adalah mencukupi untuk digunakan bagi menyiapkan tugasan ini. Selain mengambil catatan maklumat yang digunakan, saya juga mengambil gambar-gambar yang terdapat dalam sumber tersebut.
Sebelum membuka blog, draf telah dirangka terlebih dahulu supaya maklumat yang akan dinaikmuatkan tersusun.


3.5 PENYUSUNAN DAN PERSEMBAHAN MAKLUMAT
Mengurus dan merumuskan maklumat merupakan langkah yang kemudian setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh telah dimasukkan dengan jelas. Maklumat yang diperolehi perlu sesuai dengan mesej, media dan penonton setelah dipersembahkan.
3.5.1 PENYUSUNAN MAKLUMAT
Dalam blog ini, sejarah dadah telah diperkenalkan dahulu. Selepas itu, jenis dan bahan dadah baru dipersembahkan. Kemudian, saya telah memperkenalkan kesan-kesan pengambilan dadah terhadap manusia. Saya telah memasukkan punca-punca dan langkah mengatasinya ke dalam blog saya. Sebagai konklusi dalam blog saya, saya telah membuat kesimpulan tentang tugasan saya dengan menasihati generasi sekarang agar jangan menyentuh dan mengambil dadah. Maklumat yang saya paparkan dalam blog adalah cukup mengingati pembaca tentang kesan keburukan dadah yang dapat memudaratkan kita.
3.5.2 PERSEMBAHAN MAKLUMAT
Di samping itu, saya juga memasukkan gambar grafik yang menarik atau lebih sesuai dikenali sebagai gambar mengingati untuk menarik perhatian dan memberi amaran kepada pembaca supaya memahami maklumat yang saya ingin sebarkan dalam blog. Gambar atau video yang cantik atau menarik dapat memikat perhatian pembaca dan mereka tidak akan berasa bosan ketika membaca maklumat tersebut.


3.6 PENILAIAN PRODUK (BLOG) DAN PROSES YANG DILALUI
                Setelah menyiapkan peyusunan dan persembahan maklumat-maklumat yang diperolehi, saya telah menggunakan masa yang agak panjang untuk memilih dan menilai maklumat-maklumat yang saya naikmuat di dalam blog saya. Hal ini demikian kerana kita dapat menentukan ketepatan dan kesesuaian terhadap maklumat-maklumat tersebut. Langkah ini merupakan satu langkah yang amat penting. Kita perlu mengenalpasti pandangan dan fakta tentang maklumat-maklumat tersebut. Selain itu, kita juga boleh membuangkan maklumat yang salah atau tidak tepat di dalam blog. Kita mesti memastikan maklumat-maklumat yang dinaikmuatkan adalah sesuai dan tepat dengan tugasan kita.
            Setelah menyemak semula soalan tugasan dan blog, tugasan yang diberikan oleh pensyarah telah disempurnakan. Untuk memastikan kesempurnaan tugasan ini, saya telah memeriksa maklumat-maklumat tersebut dengan beberapa kali. Saya juga memastikan maklumat blog saya mengikut susunan yang betul. Saya juga memastikan gambar yang saya letak di dalam blog adalah sesuai dengan tajuk tugasan saya.  Saya mencatatkan laman web dan buku yang saya rujukan sebagai sumber rujukan.


4.0  RUMUSAN
Sebagai konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa The Big 6 adalah satu model yang amat penting bagi seseorang untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana The Big 6 membantu seseorang pelajar menyelesaikan tugasannya dengan lebih mudah, berkesan dan bersistematik.
Dalam proses mendefinisikan tugasan projek hingga ke penilaian produk, saya telah mengambil masa yang panjang untuk meyempurnakannya. Dengan ini, saya telah memahami konsep menghargai masa supaya tidak membazirkan masa dengan perbuatan yang tidak berfaedah. Dengan syukurnya, saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam masa yang diberikan oleh pensyarah.
Akhir sekali, tugasan ini telah membawa banyak manfaat kepada saya. Salah satu manfaatnya ialah mendapat ilmu pengetahuan yang berlebihan tentang bidang tugasan saya. Selain itu, saya difahami model ini dapat membantu saya dalam menyiapkan pelbagai tugasan dengan sempurna. Saya akan sentiasa mempratikkan model ini dalam kehidupan saya supaya dapat digunakan dalam tugasan harian saya.
Dengan peluang ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana sudi meluangkan masa bagi memantau dan membimbing saya dalam meyiapkan tugasan ini. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak menolong saya dalam meyempurnakan tugasan ini.

RUJUKAN

BAHAN INTERNET

Literasi maklumat. Ogos 12 2015, dari https://pssmkcas.wordpress.com/literasi-maklumat/



没有评论:

发表评论